Bukannya banyak pun barang yang nak dibeli di Giant. Yang mana habis aje. Kalau pergi kedai runcit, Sofea tak jumpa orang pula. Jadi.. pergilah ke Giant. Sofea suka sangat bila ada ramai orang. Favourite betul. 

Selalunya, kami letakkan Sofea di dalam troli. Senang sedikit. Kalau dilepaskan, memang lari pecut ke sana sini, dan tarik/usik barang-barang yang menarik minat Sofea. Kalau dah boring sangat, kami dokong dia dan pimpin dia jalan-jalan. Mulalah Sofea usik orang lain especially kalau ada anak orang jalan dekat dengan dia. Siap panggil, jerit-jerit lagi. Sofea memang tak takut orang, sebab itu kena jaga betul-betul...

Jom tengok gelagat Sofea semasa duduk di dalam troli. zassss...













p/s: naik geli hati juga kadang-kadang bila tengok gelagat Sofea ni dengan mulutnya yang peramah...