Happy 21st Years Anniversary at LPNM

Pada 14 November 2026 yang lalu, genaplah 21 tahun Mia mencurahkan bakti di Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM). Sejak mula melangkah pada tahun 2005.. macam-macam pahit manis, suka duka dan cabaran yang telah ditempuhi. Walaupun tak mudah, semuanya digagahi jua demi tanggungjawab. Mia ada cerita di SINI semasa Mia dah 9 tahun berkhidmat sebagai Penolong Pegawai Teknologi Maklumat.

Biarpun sudah memiliki Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Kepujian) dengan cemerlangnya, Mia masih setia menggalas amanah sebagai Penolong Pegawai Teknologi Maklumat memandangkan kekangan perjawatan gred pegawai di LPNM. Usaha untuk melangkah ke gred Pegawai Teknologi Maklumat di luar sudah pun dicuba selepas tamat pengajian (kisah graduasi Mia di SINI), namun rezeki belum lagi berpihak kepada Mia. Nampaknya, memang di LPNM lah Mia akan terus berbakti sehingga ke hari persaraan nanti.


Apa-apa pun, Mia tetap bersyukur dengan rezeki kerjaya di LPNM ini. Segala pengalaman kerja yang dilalui sepanjang tempoh ini terlalu berharga dan mendewasakan. Happy 21st Work Anniversary at LPNM! Semoga Mia terus dikurniakan kesihatan yang baik, kekal cergas, dan dapat terus mencurah bakti di sini selagi termampu.

* Gambar di atas tu hasil sentuhan AI. Saja minta buatkan berlatarkan sungai dan gunung-ganang, memang kena sangat dengan jiwa dan pemandangan kegemaran Mia....


Post a Comment

0 Comments