Tengahari semalam (25 Februari 2011) memanglah masa rehat agak lama memandangkan kaum Adam pergi solat Jumaat. Kak Aida lepak kat tempat Mia. Borak punya borak tiba-tiba Sue pun naik ofis dengan cool blog. Alamak! Tergodanya. Terus Mia ajak  Kak Aida pergi beli cool blog kejap kat Giant Tampoi. Akram yang baru lepas balik dari Solat Jumaat pun, kami ajak sama.

Setibanya di bawah department Kak Aida, ramai pula yang mengirim. Tak apa lah kan? Berdesup lah kami dengan kereta Kak Aida ke tempat yang dituju. Bila dah sampai rasa macam gembira je terus cepat-cepat pergi order. Ramai juga pelanggan kedai Cool Blog ni. Bila dah bayar, banyak pula yang kami order. Yang paling penting mesti ada pearl. Tapi bila minum waktu cuaca yang panas memang terasa puas...

Macam biasalah... aksi kami dengan cool blog.... zasss...








p/s: hilang tension, minum air cool blog ni... tak percaya, cubalah...