Kalau tak silap Mia, ini adalah first time OUM Johor menyambut Sambutan Tahun Baru Cina pada hari Ahad, 13 Februari 2011 yang lepas. Syabas dan tahniah diucapkan kepada Jawatankuasa Kelab Pelajar OUM Johor yang bertungkus lumus memastikan majlis ini berjalan dengan lancar dan yang paling sekali sokongan padu yang diberikan oleh En Abdul Rahim, Pengarah OUM Johor sendiri. Ramai pelajar yang hadir, pelbagai bangsa. Terasa macam semangat 1 Malaysia pula. 

Mia datang bersama suami dan Sofea. Sofea memang suka sangat kalau pergi majlis macam ni. Tak takut orang pun. Jalan dan lari sana sini, suka sangat. Kawan-kawan Mia yang lain pun ada datang juga.  Bab-bab makan ni memang seronok. Majlis nampak mesra dan meriah dengan tema merah.

Jom tengok gambar-gambar di sekitar majlis tersebut... zass...
















p/s : hajat En Abdul Rahim nak bergambar berdua dengan Sofea tak tercapai sebab Sofea ngada-ngada tak nak pula. Moody tiba-tiba. Nak dengan maknya pulak. Dah tu, terpaksa bergambar bertiga...