Tengah backup files dalam pc ni, tiba-tiba ternampak gambar latihan praktikal tanaman nanas untuk pelajar praktikal ICT sesi Januari - Jun 2010. Masa ni lah paling ramai pelajar praktikal ICT dalam satu masa, 6 orang. Rindunya kat mereka, 4 orang dari Kolej Polytech MARA Batu Pahat (Nad, Syamil, Kamel, Sofea), seorang dari UniKL (Wan Roshaime) dan seorang dari Politeknik Dungun (Eja). 


Takkan asyik nak duduk kat office buat programming, networking dan lain-lain tugas ICT.. sekali sekala kena juga bawa mereka ini keluar.

Jom tengok aksi mereka belajar merumput, ambil benih nanas, tanam, tabur baja, sembur racun dan petik buah nanas. Harap mereka tidak lupa pengalaman 2 hari yang amat bermakna ini especially duduk di belakang lori semasa di ladang di Alor Bukit, Pekan Nanas. Tak ada terdapat di mana-mana tempat praktikal lain, tau!
















p/s: tahniah pada Eja dari Politeknik Dungun, dapat A untuk Latihan Industri...