Semalam petang (Sabtu 19 Februari 2011), Mia dan rakan sekerja lain datang ke Kompleks Belia dan Sukan di Larkin untuk mengikuti sesi latihan pertama boling padang atau lawn bowls. Bila dengar sahaja nak adakan latihan, memang berminat sangat lah sebab bolanya tak seberat bola bowling dan tak banyak pergerakan. Ada jurulatih yang mengajar kami.

Yang paling penting fokus dan kena ikut step yang diajarkan. Rupanya ada teknik yang betul supaya bila baling dekat pergerakan bola akan menjadi lurus dan bila jauh, bola akan membengkok bergantung kepada jenis bola yang digunakan. Susah juga nak baling untuk bola berhenti paling hampir dengan bola putih (jack). 

Pengalaman ini amat menarik. Tengok macam senang tapi nak buatnya boleh sakit otot tangan dan lutut. Masa nak  baling, badan harus membengkok sedikit, kaki kiri selangkah ke hadapan dan lutut kaki kanan harus cecah belakang kaki kiri. Mula-mula memang payah, kena praktikkan selalu baru lah jadi teknik yang betul.

Jom tengok kami belajar main boling padang ini... zasss...




 










Apa-apa pun memang seronok lah dapat belajar main boling padang. Bukan senang nak dapat pengalaman ini. Tak kisahlah kalau tak terpilih pun untuk wakil LPNM, yang penting dapat belajar...

p/s : bila bangun sahaja pagi tadi terasa macam sakit urat. dah lama tak exercise. latihan pagi tadi mia tak hadir sebab ada kelas di OUM Johor satu hari ini...