Sebenarnya selama Mia kerja di sektor kerajaan ini, Mia belum pernah kursus di INTAN. Memandangkan Sofea dah besar dan dah boleh ditinggalkan, Mia pun berhajat untuk pergi mana-mana kursus yang dianjurkan oleh INTAN. Anda boleh klik link ini untuk ke laman INTAN Online -> KLIK SINI.

Mia buat permohonan secara online pada bulan lepas (Januari) untuk IKWAS di Kluang. Ada 6 kursus semuanya. Mohon untuk setengah tahun pertama bagi tahun ini. Bukan senang nak dapat, al maklum sahajalah ramai betul kakitangan kerajaan yang mohon. Mia cuba sahaja, kalau dapat.. pergi, tak dapat pun tak mengapa.



Mudah sahaja nak buat semakan permohonan, hanya menggunakan IC No dan status permohonan akan dipaparkan. Bila sahaja Mia tengok keputusan untuk kursus minggu depan agak mendukacitakan, tidak berjaya terasa sedih juga.

Walaubagaimanapun, kakitangan kerajaan perlu mencukupkan latihan/kursus selama 7 hari dalam masa setahun. Masih sempat lagi ni....