Mia memang agak sibuk sejak 3 hari lepas untuk menyiapkan gimik montage Video Pra Pelancaran SMIN menggunakan software Sony Vegas. Kalau dulu, Mia gunakan Adobe Premiere dan Swish Max, berjam-jam buat rendering. Tapi kali ni, dengan SonyVegas senang dan mudah, video 4 minit siap rendering dalam 15-20 minit. Menggunakan 3 notebook dan Akram banyak membantu Mia. Sound editing pula Mia gunakan software Sound Forge.

Memang penat betul tapi sukanya bila Majlis Pra Pelancaran yang dibuat pukul 11.00 pagi tadi berjalan dengan lancar. Majlis dirasmikan oleh Pengerusi LPNM diikuti dengan sidang media. Seramai 25 orang pekebun nanas yang hadir.

Screenshot video editing dalam Sony Vegas... zass


Jom tengok gambar-gambar semasa majlis.... zass






p/s: terima kasih kepada ahli jawatankuasa majlis yang bertungkus-lumus dalam menjayakan majlis ini.