Leganya dah hantar assignment VB secara online ni pagi tadi. Apa taknya, ingatkan nak hantar semalam. Assignment telah siap dalam bentuk .doc. myVLE system hanya boleh menerima fail dalam bentuk .doc dan .docx sahaja. Nasib baik sempat tengok ruangan Announcement. Tup-tup ada perubahan pula. 

Pelajar dikehendaki mengupload source code files ke dalam Box.net. Klik di sini. Mula-mula memang tak berapa faham sangat. Lama-lama baru faham. Selepas itu, hendaklah memasukkan link semua files tadi ke dalam fail assignment yang hendak dihantar online. E-Grader akan upload files tadi menggunakan link yang telah diberikan.

Untuk pengetahuan, ini pertama kali Mia menggunakan Box.net. Free untuk 5GB. Mia harap pelajar OUM lain turut prihatin dengan announcement yang dibuat dalam myVLE system. Bagus juga tetapi perlu beritahu awal, sebab hanya boleh menghantar assignment sekali sahaja. Mia terfikir juga, macam mana lah agaknya untuk pelajar lain yang telah menghantar assignment lebih awal.







p/s : memang Mia dah siap awal tetapi biasalah sebelum nak hantar tu, kena check satu-satu dulu, mana tahu takut ada yang tertinggal...