Latihan Pengendalian Sistem CCTV

Mia nak kongsikan kisah persiapan Unit Pengurusan Maklumat sebelum MAHA 2026 di MAEPS Serdang, Selangor. Memandangkan sistem CCTV sedia ada di Pejabat LPNM Selangor telah mengalami kerosakan, kami menggantikan kepada sistem CCTV yang lebih terkini dan baru untuk mengira pengunjung Laman Nanas MAHA 2026. Sebelum ini, sistem CCTV lama untuk MAHA 2024 boleh mengira pengunjung cumanya fungsinya agak terhad.

Makanya pada 27 dan 28 Ogos 2026, Mia dengan Siti (rakan seunit) menjalani Latihan Pengendalian Sistem CCTV di Pejabat LPNM Selangor, MAEPS Serdang. Pemasangan 4 kamera outdoor telah dibuat oleh pembekal pada minggu sebelumnya. 

Hari Pertama

Penerangan lengkap oleh pihak pembekal untuk pengendalian Sistem CCTV melalui pengiraan body counting. Mia bertanggungjawab sepenuhnya tehadap pengiraan pengunjung jadinya memang belajar betul-betul dari segi teknikal, sistem, storage data di NVR dan setting yang sepatutnya.

Aplikasi boleh diakses secara live dan paparan yang user friendly untuk generate report. Mia lebih selesa dengan paparan live. Senang nampak kiraan body counting secara real time. Lokasi kamera di Ladang, Post Guard, Galeri dan Pulau. Setiap kamera boleh ada lebih dari 1 kiraan rule untuk pengunjung.

Ruang hadapan Laman Nanas.

Kamera di depan pintu masuk galeri.

Kamera menghadap pulau comel di tengah tasek.

Kamera di ladang.

Setting semula kamera di Post Guard.


Paparan Live CCTV





Hari Kedua

Latihan diteruskan dengan pemantauan CCTV secara live kiraan pengunjung yang lalu di lokasi biru dalam kamera.


Sempat lagi snap pagi hari pertama MAHA 2026 yang bermula dari 28 Ogos 2026 sehingga 6 September 2026.

Screen shot kiraan pengunjung pada hari pertama MAHA 2026


Peralatan Network Video Recorder yang digunakan :
DHI-NVR5216-EI2 (16CH 1U 2HDDs WizSense Network Video Recorder)
-Max. 448/448/448 Mbps Incoming/Recording/Outgoing Bandwidth
-Max. Decoding Capability: 40 × 1080p@30 fps
-IP Cameras Resolution Up to 32MP
-8K HDMI Output
-2 Bays. Each HDD Storage Capacity Up to 26TB
-AI by Recorder: 4-ch Face Detection and Recognition, 16-ch SMD, 8-ch Perimeter Protection, 4-ch Video Metadata, 4-ch AcuPick
-N+M Cluster, iSCSI

Peralatan Kamera yang digunakan :
DH-IPC-HFW5442E-ZE (4MP IR Vari-focal Bullet WizMind Network Camera)
-High-Quality Imaging with 4MP Resolution
-Enhancing Image Quality with AI-ISP Technology
-2MP@60fps Enhances Image Smoothness and Detail
-AcuPick2.0 Enables Fast and Precise Human & Vehicle & Animals Search
-Supports Over 8 AI Functions, Applicable for Multi-scenario Targets Detection and Analysis
-Built-in Mic for Real-Time Audio Security
-IP67 and IK10 Ratings for Protection Against Harsh Environments

Selama 10 hari MAHA berlangsung, Mia hantar laporan kiraan pengunjung beserta screenshot CCTV setiap 6.00 petang dan 10.00 malam kepada sekretariat LPNM. Alhamdulillah, kali ini ramai pengunjung yang datang dan harap jangan serik untuk datang lagi selepas ini.

** kerja di sebalik tabir...


Post a Comment

0 Comments