Hari ni, Mia ada kelas ganti untuk subjek Web Programming dari pukul 2.30 hingga 4.30 petang. Hujan memang lebat dekat luar tu. Terasa sejuk betul. Puan Noni ajar 2 topik sahaja, iaitu Javascript dan VBscript. Cuma 3 orang pelajar yang hadir. Kelas berjalan seperti biasa dan habis awal dalam pukul 4.15 petang.

Selepas keluar dari OUM, Mia pun nak belok ke kanan. Hujan dah berhenti pada masa ini. Uikk! ada apa tu? Terus berdebar-debar dada ini. Ada sebuah kereta accident, terbalik pula. Nasib tak masuk laut. Dulu pernah ada sebuah bas terjun ke dalam laut dekat kawasan sini.

Mia kuatkan semangat lalu kawasan kemalangan, sambil-sambil itu sempatlah ambil beberapa gambar. Pemandu telah tiada. Barangkali sudah dihantar ke hospital. Menggeletar kepala lutut Mia sambil memikir macam mana lah boleh terbalik pula kat sini. 




Apa-apa pun pandulah dengan cermat supaya kita selamat.... Usah bawa laju-laju, kelak diri nanti yang terkedu...