Minggu lepas, Mia ada hadiri mesyuarat di Pusat Pembangunan Teknologi Tanaman Nanas (PPTTN) Alor Bukit, Pekan Nanas, Pontian. Selepas selesai mesyuarat, Mia pun ajak Bidip menghirup udara segar sambil bergambar dengan alam semulajadi. Cuaca di waktu tengahari amat terik, tetapi bila berada di bawah rimbunan pohon terasa tenang sangat.

Tempat rekreasi ini sesuai untuk perkhemahan, barbeque dan beriadah. Lokasinya amat strategik di atas bukit. Ada juga pelajar-pelajar sekolah berkhemah di sini. Segala urusan hendaklah berhubung dengan pihak pengurusan PPTTN.









Tentu perasan kan? Mia asyik singgah ladang nanas sahaja kalau ke PPTTN sebelum ini. Kali ini lain pula, kita masuk kawasan rekreasi dan riadah. Hayati keindahan alam semulajadi.

p/s: dapat juga hiburkan hati di kala tension dengan kerja....