Sayangi Dan Bersyukurlah Dengan Seorang Yang Bergelar Suami


SUATU PERJALANAN
“Tanggungjawab suami selain memberi nafkah dan mencari rezeki, jangan lupa bimbing anak dan isteri. Kalau suatu hari berlaku selisih faham, jangan cepat menuding jari. Duduk berbincang dan cari kata sepakat. Tiada bumi tak ditimpa hujan.”

Teringat pesan ayah di suatu petang...
“Ayah dulu bila arwah mak mula bising bersuara, ayah tak balas dengan kata-kata. Ayah keluar hidupkan motor, pergi keBehrang cari mee goreng mamak. Bila sampai saja di rumah, ayah hulur pada arwah Mak, muka yang tadi masam terus tersenyum riang. Suami kena tahu kesukaan isteri, supaya mudah memujuk hati,” ayah menambah berkongsi pengalaman selama 41 tahun bersama arwah Mak.

Persefahaman antara suami dan isteri bukan boleh dicapai sehari dua. Ia merupakan satu perjalanan sepanjang usia perkahwinan. Cabaran dan dugaan pastinya tidak sama, di awal, pertengahan dan di hujungnya. Justeru, sikap saling memberi dan menerima sangat perlu dipupuk dan dibaja. Memberi kelebihan diri untuk saling melengkapi. Menerima kekurangan untuk saling menginsafi, suami mahu pun isteri bukanlah manusia sempurna.                                  

SILAP ISTERI
Kesilapan isteri bermula apabila melupakan kebaikan suami kerana benci dengan sikapnya yang tidak menyenangkan hati. Silap menjadi dosa andai keistimewaan suami orang yang sering dibicara. Keburukan suami dijaja, atas alasan minta nasihat rumahtangga. Tapi apa maknanya kalau semua orang bercerita. Rasulullah SAW pernah mengingatkan melalui sabdanya yang bermaksud:

“Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka”Seorang wanita lalu bangun bertanya, “Apakah yang menyebabkan yang demikian? Adakah sebab kami ini kufur?”Rasulullah SAW menjawab, “Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada dua tabiat kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu kedalam neraka:

1. Kamu banyak mengutuk atau menyumpah 
2. Kamu kufurkan kebaikan suami.”                                            

Ada kalanya, isteri merajuk tanpa sepatah kata. Suami yang tak tahu menahu, terus buat biasa. Muka isteri semakin kelat, hilang serinya. Menahan ego diri, ingin dipujuk dengan kata cinta, namun tidak berbicara dan bersemuka. Suami tertanya-tanya sendiri, akhirnya terasa hati. Salah siapa agaknya, bila masing-masing memendam rasa. Kasih mula bertukar marah. Marah marak menyala benci.

YANG LEBIH, YANG KURANG  
“Awak beruntung ye, dapat suami yang memahami. Tak seperti saya. Hari-hari menjeruk rasa,” luah seorang teman yang baru beroleh cahaya mata. “Suami saya juga ada kurangnya. Tapi kelebihannya lebih banyak untuk saya perkatakan. Saya pun isteri yang ada salah dan silap,” jawab saya supaya dia buka mata.

“Ada suami yang tak pandai urusan rumah tangga, namun dia bijak berjenaka, meriah suasana. Ada suami yang jarang menghadiahkan bunga, tapi selalu membelanja anak dan isteri dengan makanan istimewa. Dan ramai juga suami yang tidak reti memujuk, bermain kata. Tapi mudah bertoleransi bila diminta bantu sini dan sana . Ketepikan kekurangannya dan ambil kelebihan. Pasti awak juga akan rasa bertuah beroleh suami seperti dia.” pujuk saya lagi. Moga-moga dia berubah hati. Kembali ‘memandang tinggi’ kehadiran seorang suami.

ENGKAU TERBAIK UNTUKKU  
“Sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri, buang yang keruh, ambil yang jernih. Baru teguh peribadi.” Wahai teman bergelar isteri, mari kita muhasabah diri. Pohon keampunan dari Ilahi agar cinta Nya bersemi kembali. Banyakkan istighfar dan juga sedekah, kerana janji Allah setiap kebaikan menghapus kejahatan. Susunkan jemari pintalah kemaafan dari lelaki bernama suami. Jangan bertangguh dan jangan lengah. Bimbang maaf tiada serinya lagi. Pandang wajahnya, lihat matanya. Bisikkan di sanubari, “Terima kasih, suamiku. Engkau terbaik untuk diri ini.” Mencari dan terus mencari cinta Ilahi. Saling berpesan-pesan kpd kebaikan..  

Sumber : Emel      

Post a Comment

33 Comments

  1. sungguh menusuk kalbu..tiba2 rasa sayu je bila baca petikan di atas..nasihat yang bagus..

    ReplyDelete
  2. bersyukurnya dapat baca entri cam ni hari ni. terkadang saya terasa juga dgn suami sniri. tapi, mengenangkan sebab utama kita berumahtangga, adalah kerna mencari keredhaanNya, maka sbg isteri, baik dan buruk suami kita terima. yg baiknya tu, susah nak cari di mana-mana. yg buruk, semua org pun ada...

    ReplyDelete
  3. dalam sebuah rumahtangga yang penting ialah persefahaman, kejujuran dan yang penting sekali harus redha kepada apa masalah yang datang. harus sama2 menyelesaikannya tanpa menyalahkan mana-mana pihak.

    ReplyDelete
  4. setuju ngan semua komen di atas..kena ada tolak ansur dan saling hormat menghormati

    Meja belajar untuk dapatkan 10A

    ReplyDelete
  5. setuju sangat..suami isteri kene saling memahami..same2 kene saling bertolak ansur barulah rumah tangga bahagia..;)

    ehem, ss cakap macam dah kawen jek hahaha ;p


    psstt : Remaja dan Sayang??

    ReplyDelete
  6. ishhhh...setuju sesangat le awok mace entri yong kali ni.......... i like

    ReplyDelete
  7. kehidupan alam rumahtangga adalah satu perkongsian hidup..saling memberi dan menerima dan saling bertolak ansur itulah KUNCI pada kebahagiaan..

    ReplyDelete
  8. iema xkawen lg..
    tp kalau dah namanya isteri kena la bersyukur dengan jodoh yang Allah dh bagi....

    ReplyDelete
  9. dialah syurga kita.. keredhaannya paling penting untuk kita..

    ReplyDelete
  10. semoge sume bahagia hingge akhir nyawa...

    ReplyDelete
  11. betul tu...kita pn bukan sempurna benar...suami saya tk romantik tp dia tak berkira...sayang la suami masing2 kerana dia juga mampu terima kekurangan kita...follow puan, keep in touch if sudi berkawan :)

    ReplyDelete
  12. bersatu untuk selamanya..!
    amieenn...!

    ReplyDelete
  13. terimalah suami seadanya..dialah yg terbaik untuk kita :)

    ReplyDelete
  14. walaupun sy blum kawen, tp sy harap bila dh kawen nanti sy akan ingat nasihat yg ni.. hehe

    ReplyDelete
  15. susah gak kan berumah tangga ni.. huhuu.. nasib sy lum kawin.. hehee..


    http://duniahanyahitamputih.blogspot.com/

    ReplyDelete
  16. syurga isteri di telapak kaki suami... :)

    ReplyDelete
  17. Suami .. mesti la kena sayang ! :D

    anastasyea's latest post .. 1st Anniversary Blog Anastasyea

    ReplyDelete
  18. bestnya baca.teringattt pulak dekat suami kat tempat kerja... :)

    saya sayang suami saya sangat2.

    jom tengok blog saya pulak untuk cari dress2 dan skirt cantik.

    http://chantekdress.blogspot.com/

    ReplyDelete
  19. tolak ansur tu penting..jika kita hanya nampak kekurangan suami...tentu suami juga nampak akan kekurangan kita..
    dalam rumahtangga..."telinga banyak mendengar tapi mulut mesti sentiasa tertutup..."

    ReplyDelete
  20. suami dan isteri itu saling lengkap melengkapi dan bukan untuk saling berlawan siapa yang lengkap atau tidak... sekadar berkata-kata, tq

    ReplyDelete
  21. Saling memahami paling perlu dalam bekeluarga.

    ReplyDelete
  22. mintak untuk di kopi... bleh kan? uuuu.. bermakna.. :)

    ReplyDelete
  23. tq ..suka baca post ni...tgh kenang2 kan kebaikan suami...byk..

    ReplyDelete
  24. terima kasih di atas pandangan kawan-kawan semua.

    mia rasa bersyukur sangat dengan suami... terima dia seadanya...and a shoulder to cry on...

    ReplyDelete
  25. Bersyukur dgn apa yang ada.....3ma kasih

    ReplyDelete
  26. sebagai suami saya sangat senang membaca artikel ini

    salam kenal admin satriyoku.blog

    ReplyDelete