Bantu 3 Orang Blogger Atasi Masalah Dengan Entri dan Blog

Minggu ini sahaja dah ada 3 orang blogger yang Mia bantu. Mia tolong mana yang termampu sahaja.

Masalah : buat entri baru apabila di publish, langsung tidak keluar entri itu. Hanya kosong.
Penyelesaian : Mia pergi kat Template > Edit HTML > pilih Revert widget templates to default. Barulah entri terbaru muncul selepas di publish.

Masalah : Nak masukkan coding dalam kotak segmen untuk entri Giveaway. Tetapi bila di publish coding dalam kotak segmen, output berubah. Didapati Post Settings > Options > Line Breaks default kepada Press "Enter" for line breaks dalam entri Giveaway itu. Maka coding tag br (untuk line break) akan tiada dalam ruangan HTML.
Penyelesaian : Mia setkan Post Settings > Options > Line Breaks kepada Use br tag supaya entri Giveaway itu dapat mengenali tag br supaya coding dalam kotak segmen tidak akan berubah.

Masalah : Ruangan komen dan kotak komen tidak keluar langsung dalam threaded comment
Penyelesaian : Macam-macam yang Mia cuba dari segi tukar coding secara manual di Template > Edit HTML. Lepas itu, tukar template blogger lain dan template yang di download dari laman web blog template. Pun tidak boleh juga. Akhirnya, boleh keluar apabila tukar ke dalam template dynamic. Memang pelik kes ini, Mia belum pernah jumpa setakat ini. Kalau tak boleh keluar, lepas tukar coding secara manual, selalunya akan keluar.

Alhamdulillah, dapat juga Mia selesaikan. Entri ini sekadar perkongsian untuk blogger-blogger lain sekiranya menghadapi masalah yang sama, bolehlah cuba cara yang Mia buat di atas.

suka dapat selesaikan masalah mereka...