Malam tadi, suami Mia punya ex-classmates buat gathering makan malam di Singgah Selalu depan Danga Bay. Susah sangat nak dapat parking, ramai betul yang datang sini. Dah macam malam pesta. Nak dapat tempat duduk pun kena tunggu lama, kami semua duduk di dalam berhampiran tempat memasak.

Mula-mula memang kami tidak merancang untuk join gathering ini memandangkan Sofea tidak berapa sihat kerana nak tumbuh gigi. Fikir punya fikir....Suami Mia pun dah lama tak jumpa kawan-kawan dia, jadi lebih kurang 9.15 malam, kami pun keluar. Sofea pula kami minta Mak Semah tolong jagakan sementara.

Biasalah bila dah ramai-ramai macam ini, banyaklah cerita yang keluar dari mulut masing-masing.  Mia makan nasi paprik dan kerang rebus manakala suami Mia makan nasi goreng ayam kunyit. Sedar tak sedap rupanya dah pukul 12.00 malam, kami terus beredar. Sempat juga ambil no telefon dan fb masing-masing supaya senang nak contact di kemudian hari.











p/s: risaunya badan dah naik ni.... nak kena turunkan skit lepas ni...