Sebagai seorang kakitangan kerajaan, tentu tidak terlepas daripada menghadiri kursus bagi menambahkan ilmu di dada. Pada Selasa (24 Mei 2011) lepas, Mia telah menghadiri Kursus Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan di MPC, Bandar Baru UDA selama 3 hari sehingga hari ini (Khamis 26 Mei 2011). Penceramah jemputan dari INTAN Kampus Wilayah Selatan iaitu Puan Ainur Shahriyah dan Puan Hajah Zamnah.

Secara ringkas, peserta kursus didedahkan dengan Pengurusan Aset Alih Kerajaan berpandukan kepada Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 2007 dan meningkatkan kemahiran peserta dalam aspek yang berkaitan.

Bukan senang ingin menguruskan aset alih kerajaan ini, banyak betul jenis borang yang digunapakai dan peserta juga ada diberikan latihan amal dan kajian kes secara berkumpulan. Dari Bab A-Penerimaan sehingga Bab F-Kehilangan dan Hapuskira, memang agak sukar sekiranya belajar memahami sendiri. Kesimpulannya, sikap tanggungjawab amat penting terhadap aset yang diamanahkan.