Ayam goreng adalah menu makanan kegemaran Suami Mia. Nak goreng ayam pun paling senang dan ringkas. Di kala kesibukan melanda, bagi isteri yang bekerja. Balik rumah sahaja tentu sibuk nak masak. Selalu terfikir, hari ni nak masak apa... esok nak masak apa... semalam dah masak apa...
Tengok-tengok kat peti sejuk ada ayam. Hmmm... goreng ajalah. Bubuh serbuk kunyit dan garam kemudian gaulkan. Mia perapkan seketika. Akhir sekali goreng ayam tersebut. Selalunya kalau goreng ayam bahagian peha kena hati-hati, takut bahagian dalam tak masak. Jadi, Mia akan tutup dengan penutup kuali agar lebih cepat empuk dan masak.
Bila dah siap, terus angkat dan toskan minyak. Sediakan di atas meja makan. Ternyata sedap dimakan begitu sahaja atau dengan sos cili. Berselera juga jika makan dengan nasi panas dengan kicap... Jemput makan ya....
p/s: kalau dah tak sempat nak masak, beli sahaja ayam KFC... dibungkus bawa balik ke rumah...
20 Comments
Ayam KFC lagi sedap dari ayam goreng..hehe~ :)
ReplyDeleteayam goreng berempah bumbuuu lagi sedapp tau
ReplyDeleteayam goreng kunyit lagi mengancam daripada ayam KFC.
ReplyDeletebetol..paling senang dan sedap..cicah sambal belacanpun terangkat!
ReplyDeletekalau ayam goreng ni memang peberet saya juga lah mia.. :)
ReplyDeleteayam goreng kunyit pun dah sodap hahah
ReplyDeletesedap... bahagian yg paling sedap di makan paha... nyam...nyam...
ReplyDeleteKalau anak kakak panggil peha ayam goreng ini drumstik upin-ipin
ReplyDeletesenang dan lazat. nyum nyum~
ReplyDeletesedapnya ayam goreng!!!!! ;p nak2! huhu
ReplyDeletesimple je kan.. suami suka, kita pun tak payah susah2 nak masak.. hihih
ReplyDeletekalau dah lapar,apa2 pon jadi.hehehe
ReplyDeletehehe.. mcm upi ipin lak.. suke mkn ayam nie.. ^_^
ReplyDeleteayam goreng mmg feveret, makan ngn nasi putih + smbl belacan + timun..
ReplyDeleteayam grg mmg feveret umah ni la..
ReplyDeleteSalam, mia. Mmmm...ayam goreng memang sedap, kegemaran kak sekeluarga juga. Resepi mia ringkas tp sedap. Kadang2 kak goreng ayam dgn tepung goreng yg ada terjual kat kedai. Betul tu, klu dah suntuk sgt, bungkus sj kfc bw pulang, hehehe......
ReplyDeletekat umah nie pun sama...ayam goreng memang feveret suami dan anak-anak...
ReplyDeletelaparnya..............
ReplyDeletenyummm nyummm :)
ReplyDeletewahhhh... terima kasih ya semua sudi kongsi pandangan tentang ayam goreng... semuanya suka ayam goreng, bleh dipelbagaikan dengan macam-macam. terbaeekkkk!
ReplyDelete