Ayam goreng adalah menu makanan kegemaran Suami Mia. Nak goreng ayam pun paling senang dan ringkas. Di kala kesibukan melanda, bagi isteri yang bekerja. Balik rumah sahaja tentu sibuk nak masak. Selalu terfikir, hari ni nak masak apa... esok nak masak apa... semalam dah masak apa...

Tengok-tengok kat peti sejuk ada ayam. Hmmm... goreng ajalah. Bubuh serbuk kunyit dan garam kemudian gaulkan. Mia perapkan seketika. Akhir sekali goreng ayam tersebut. Selalunya kalau goreng ayam bahagian peha kena hati-hati, takut bahagian dalam tak masak. Jadi, Mia akan tutup dengan penutup kuali agar lebih cepat empuk dan masak.

Bila dah siap, terus angkat dan toskan minyak. Sediakan di atas meja makan. Ternyata sedap dimakan begitu sahaja atau dengan sos cili. Berselera juga jika makan dengan nasi panas dengan kicap... Jemput makan ya....

p/s: kalau dah tak sempat nak masak, beli sahaja ayam KFC... dibungkus bawa balik ke rumah...