Syukurnya.... suka sangat-sangat azam pertama tahun 2012 telah menjadi kenyataan. Hajat untuk memakai semula baju-baju lama telah pun tercapai.

Kisahnya bermula pada tahun lepas bulan Oktober, bila Mia cuba mengemas kembali pakaian-pakaian kerja (baju kurung, kebaya dan kurung pahang) masa Mia masih anak dara dulu. Terfikir di hati nak beri pada siapa.... Tiba-tiba Suami Mia kata sayangnya baju-baju tu, tak perlulah di beri pada orang lain. Simpanlah dulu mana tahu esok lusa tiba-tiba jadi kurus. 

Alamak! Kata-kata pembakar semangat ni. Bila suami sudah bersuara, takkan lah tak faham-faham. Mia pun tanamkan azam, tahun depan mesti boleh pakai baju-baju ni. 

Bermula bulan November, Mia telah mula jaga pemakanan Mia dengan tidak makan daging dan apa jua jenis makanan yang berasaskan kelapa seperti santan dan air kelapa. Kari dan nasi lemak sudah tidak boleh makan lagi. Tapi kalau teringin cuma rasa sikit-sikit aja..

Keduanya, Mia pergi urut badan dengan bidan dan buat steamed bath di Thyme Spa secara konsisten.

Ketiganya, Mia ni memang tiada masa nak exercise. Balik kerja sahaja dah sibuk uruskan rumahtangga, malam pula belajar. Jadi Mia membuat rawatan terapi elektrik produk eLife selama 50 minit sehari seolah-olah berjogging di taman selama 50 minit. eLife menghasilkan ion-ion negatif yang baik untuk memperbaiki tahap kesihatan.

Keempatnya, Mia mengambil produk health supplement bagi mengekalkan kesihatan Mia. Kalau sakit, tentu tidak boleh kerja dan belajar. 

p/s: hari ini pergi kerja pakai baju kurung tahun 2004 punya.... suka....