Sekadar untuk dikongsi bersama-sama dengan pengunjung blog ini. Laman Quran.com ini menjadi kegemaran Mia bila hendak baca surah Yassin secara online. Maksudnya baca di monitor. Kadang-kadang kat pejabat tu, kalau dah tiada kerja (disebabkan kerja dah siap) ataupun nak rehat sebentar. Bolehlah baca  Yassin  secara online sambil pilih terjemahan kepada pelbagai bahasa.

Bagus kalau kita amalkan baca surah Yassin hari-hari. Boleh rujuk entri ini, Bacalah Yassin untuk mengetahui kelebihan membaca surah Yassin ataupun boleh search sendiri di Google.

p/s: marilah kita sama-sama berilmu.... beramal... bertaqwa...