Eh! Tak sangka pula Mia. Selalunya orang berkunjungan dan balas membalas bila hantar juadah makanan kepada jiran danyang paling meriah masa raya, berbalas mangkuk tingkat.

Tapi kali ni, Mia dapat kunjungan balas cenderahati daripada Mama Tunz pemilik blog http://tunzhotspot.blogspot.com. Terkejutnya Mia. Siapa pula yang bagi surat warna biru. Suratnya sampai tengahari semalam.

Jeng..jeng.. bila dibuka. Makkk aiii! Punyalah terkejut bercampur gembira. Sebab dapat cenderahati yang sangat istimewa. Sekeping kad dan 3 bookmark yang dibuat sendiri. Kertas warna-warni digunting dan menghasilkan betuk-bentuk yang menarik. Wahhhh! Suka sangat ni. Mia boleh guna untuk dijadikan penanda dalam buku.

Terima kasih tidak terhingga kepada Mama Tunz kerana sudi menghargai hubungan persahabatan kita di alam maya ini. Love you so much!!!






p/s: sayang Mama Tunz ketat-ketat...