Hmmm... pagi tadi Mia masak jemput-jemput bawang. Bahan-bahan semuanya ada. Senanglah tinggal bancuh dan goreng. Suami Mia dan Sofea memang suka makan jemput-jemput bawang.

Mudah je nak buat ni. Mia buat pun tak banyak, untuk 3 orang makan. Mula-mula potong bawang besar dan kemudian diramas-ramas bersama garam. Lepas itu, pecahkan sebiji telur, dan digaulkan terlebih dahulu. Akhir sekali, masukkan tepung gandum dan air secukupnya. Agak-agak lah jangan sampai cair sangat. Gaul sampai rata. Dah siap adunan tadi, kemudian goreng atas kuali. Gunalah sudu yang agak besar sedikit untuk cedok sedikit demi sedikit aduanan tadi ke dalam kuali. Maka, jadilah pelbagai bentuk dan rupa seperti gambar di atas.

Memang sedap dimakan panas-panas dan lebih berselera dicicah dengan sos cili ataupun sambal tumis. Sungguh mengenyangkan.

p/s: sekejap je ngadap terus licin... kalau buat banyak takut tak habis pula...