Sebenarnya sekarang ni, Mia sudah jatuh cinta pada Pearl Haya. Mula-mula Kak Aida yang pakai dulu. Bila asyik tengok dia pakai hari-hari pergi kerja, tentulah tergoda. Sebab Mia suka tengok pelbagai designnya yang berbeza dengan tudung-tudung lain dan kualitinya yang amat memuaskan hati pengguna.

Mia pun pergi beli ke Butik Aysha Collection, satu-satunya agen tunggal Pearl Haya di Johor Bahru. Lokasinya di tingkat 1, sebelah escalator di Plaza Larkin. Makkk aii.. punyalah banyak designnya, macam-macam bentuk, rupa dan gaya sampai tak tahu nak pilih apa. Rambang mata betul.

Akhirnya dapat juga buat pilihan dan salah satu tudung yang Mia beli tu, yang patung pakai kat depan butik. Cantik tak? Kalau nak tengok koleksi tudung Pearl Haya yang lain boleh lawati http://pearlhaya.com. Cukup puas hati bila memakainya, walaupun ianya mahal.







p/s: tudung Pearl Haya yang Mia beli ni berharga antara RM 75 hingga RM80 (dalam bajet Mia). Heheheh.... ada lagi yang mahal....