Sememangnya Mia suka sangat ais krim. Ais krim boleh membantu mengurangkan stress dan menceriakan mood di kala hati gundah gulana. Lebih-lebih lagi ketika sedang bekerja.

Tutti Fruitti lah ubatnya.  Kak Aida belanja Mia dan pelajar-pelajar praktikal ICT makan Tutti Fruitti. Bungkus masa keluar makan waktu tengahari. 

Tutti Fruitti ni, kalau terambil banyak, nanti lagi mahal. Perlu pandai agak-agak ketika mengambilnya. Untuk sedapkan lagi tambah topping dan buah-buahan. Marvellous dan syokkkkk.....

Jom kita pekena Tutti Fruitti satu....




p/s: siapa suka makan Tutti Fruitti... sila angkat tangan...