Salam sejahtera semua. Mia nak ucapkan salam takziah kepada Mak Dara sekeluarga di atas pemergian ayah kandung tercinta ke rahmatullah. Berita ini diketahui daripada Facebook Mak Dara.

Mia sebenarnya terkejut apabila menerima sms daripada Mak Dara awal pagi tadi beritahu ayahnya sedang tenat dan dalam keadaan koma akibat serangan sakit jantung. Cepat-cepat Mia doakan sebelum pergi kerja pagi tadi. Risau betul Mia. Cuma berhubungan secara sms sahaja dengan Mak Dara.

Tup-tup tadi baru perasan kat facebook, ramai yang dah ucapkan takziah kepada Mak Dara. Sebak juga hati ini memandangkan Mak Dara rapat dengan Mia. Rasa macam nak pergi ke Kuala Lumpur sahaja sekarang ini. Tapi apakan daya, Mia ada kerja yang harus dilaksanakan di sini. Hanya dapat berdoa sahaja.

Rakan-rakan sekalian, jom kita beramai-ramai sedekahkan al-fatihah buat arwah ayah mak dara dan semoga rohnya tenang di sana...

Al-fatihah...

p/s: bergenang air mata ini ketika menaip entri ini...