Roti Bom

Entah apa kena dengan semalam petang. Balik kerja terus singgah Restoren Rafi yang kat Perling tu, terus order roti bom. Dari dulu ada teringin tapi tak pernah nak cuba rasa. Suami Mia pula makan soto mee hoon macam biasa. 

Selama ini, belum pernah cuba makan roti bom ini. Mungkin sebab namanya bom. Dengar macam gerun gitu.  Bila dimakan sedap pula. Siap makan 2 keping lagi. Rasanya agak unik kerana ada bubuh susu dan marjerin dalam roti ini. Memang cukup manis. Diminum dengan air suam.

p/s: mengalahkan orang mengidam pula...