Hmm... Mia nak tanya ni... Banyak-banyak entri, entri manakah yang paling senang dan cepat dibuat? Bagi Mia semuanya bergantung pada diri kita dan mood untuk menulis entri tersebut. Menjadi blogger pun ada kekangannya. Kadang kita tiada masa dan hanya ada masa yang singkat untuk update blog. Jadi bagaimana untuk buat entri yang paling senang dan cepat supaya kita boleh uruskan semua komitmen yang ada tanpa membiarkan blog bersarang? Boleh juga terus publish ataupun autopost.

Ini hanya sekadar pendapat sahaja, Mia hanya dapat kumpulkan beberapa jawapan yang boleh dihuraikan. Semua ini Mia buat kecuali satu sahaja yang tidak pernah buat lagi dalam blog ini iaitu Wordless Wednesday.


klik pada gambar untuk besarkan

Entri Segmen / Contest / Giveaway
Entri yang paling dan amat senang dibuat. Cuma letak banner segmen / contest/ giveaway dan tambah sedikit beberapa ayat sambil mengajak rakan-rakan lain join. Tidak perlu fikir nak taip apa. Kalau yang selalu buat entri yang macam ni, sepantas kilat berdesup terus siap.

Entri Gambar
Letaklah beberapa keping gambar di dalam entri dan terangkan sedikit mengenainya. tidak perlu banyak mengarang kerana daripada gambar itulah pembaca akan dapat gambaran yang sebenar dan mesej dapat disampaikan dengan mudah. Sebagai contoh, cara-cara untuk memasak, dari mula siapkan bahan-bahan sehinggalah selesai memasak. Ataupun buat tutorial bergambar.

Entri Luahan Hati dan Perasaan
Sebenarnya bila sedang mengalami perasaan suka atau duka secara tidak langsung kita akan senang untuk meluahkannya dan menaip tanpa henti di dalam entri. Bila sedar, dah banyak pula yang ditaipnya. Entri ini kadang ada gambar hiasan, kadang hanya tulisan semata-mata. Bila entri telah siap, terasa begitu lega sungguh kerana pembaca akan bagi sokongan dan galakan kepada kita secara tidak sengaja. Contohnya, kalau kita cerita yang kita sakit atau tidak sihat, tentu ramai yang akan doakan kita agar cepat sembuh.

Entri Wordless Wednesday
Hari Rabu yang paling simple dan dinantikan oleh para blogger di mana hari itu paling senang nak buat entri dengan hanya letak 1 keping gambar tanpa apa-apa penjelasan dan huraian mengenainya. Letak sahajalah gambar apa-apa. Nanti mesti ada yang komen dan bagi pandangan tentang gambar itu.

Kesimpulannya di sini. Tepuk dada tanyalah selera. Antara rajin ataupun malas. Antara mahu ataupun tidak. Ikutlah keselesaan kita sendiri dan pelbagaikan entri di dalam blog kita bagi menepati citarasa pembaca yang tidak mengira usia dan latarbelakang.

p/s: tips yang mudah dari Mia.... sesuai untuk blogger yang sibuk tapi nak update blog..