Ingat tak semalam Mia ada cerita yang Mia sedih kan? Memang betul-betul sedih. Nasib baik diduga satu hari sahaja. Pagi ini bila Mia bangun tidur bila tengok blog sahaja, Mia rasa syukur sangat. Semuanya telah kembali seperti asal.

Alhamdulillah syukur sangat. Terima kasih kepada HH kerana sudi berkongsi sedih dan duka Mia semalam. HH pun pelik juga. Tapi semuanya sudah selesai. Barulah lega nak berblog sekarang ini..

Sebenarnya tentang iklan yang dipaparkan di blog ini. Tiba-tiba tiada pula semalam atas sebab yang Mia rasa pun macam tidak logik. Setelah menukarkan ayat entri yang berkenaan kepada general barulah Mia cuba semula. Pagi ini dah dipaparkan.

Sekarang ini langsung tidak boleh disebut di dalam blog. Itu pasal Mia cerita secara general je ni. Macam entri ni dan entri sedih semalam... huhuhuh. Faham-faham sendiri lah ya...

p/s: menarik nafas lega...