Memandangkan ramai blogger yang minat berpantun, Mia pun terpanggil untuk buat segmen ini. Terima kasih di atas cadangan yang diberikan. Lagipun bagus supaya kita akan lebih mengenali dan mesra selepas ini sambil berpantun sambil kekalkan tradisi. Tidak kisahlah berapa ramai yang nak join.

Kita lihat nanti blogger mana yang sanggup join segmen ini....

Segmen ini bermula dari 6 Oktober 2012 sehingga 15 Oktober 2012.

Cara-caranya :
  1. Buat satu entri bertajuk "Segmen Mialiana.com - Mari Berpantun" dan linkkan ke entri ini
  2. Letakkan banner di atas ke dalam entri. Untuk dapatkan URL banner, klik SINI.
  3. Jawab pantun Mia dengan pantun 4 kerat
  4. Bila siap, tinggalkan link URL entri yang dibuat tadi ke dalam ruangan komen entri ini

Mia jual ya pantun-pantun ini, silakan untuk membelinya...

Malam-malam pergi kedai nyonya
Kedai jauh naik kereta Waja
Andai Mia ingin bertanya
Apakah nama panggilan manja

Kepala pening berpinar-pinar
Penat sungguh berlatih yoga
Jangan malu jawablah benar
Adakah bujang atau berkeluarga

Langit cerah indah warnanya
Ambil gambar rasa teruja
Ingin juga tahu statusnya
Sedang belajar atau bekerja

Buat kopi pekat-pekat
Makan roti dengan tuna
Adakah jauh adakah dekat
Tinggalnya di negeri mana

Sesiapa sahaja boleh join. Janji jawab dalam bentuk pantun ya... 5 blogger bertuah akan direview pantunnya di blog ini. Kalau tak ramai yang join, semua akan direview. Good luck...



Senarai blogger yang beli pantun Mia...

Gembira sungguh hati ini
Ramai pula datang membeli
Ajaklah kawan mari ke sini
Yang belum masuk jemputlah sekali
  1. http://ayuinsyirah.blogspot.com/2012/10/segmen-mialiana-mari-berpantun.html
  2. http://maszull.blogspot.com/2012/10/segmen-mialianacom-mari-berpantun.html
  3. http://blog2shout.blogspot.com/2012/10/segmen-mialianacom-mari-berpantun.html
  4. http://tieqanasibah.blogspot.com/2012/10/segmen-mialianacom-mari-berpantun.html
  5. http://annaz79.blogspot.com/2012/10/segmen-mialianacom-mari-berpantun.html
  6. http://kisahsayangsafuraa.blogspot.com/2012/10/segmen-mialianacom-mari-berpantun.html
  7. http://kate-na.blogspot.com/2012/10/segmen-mialianacom-mari-berpantun.html
  8. http://scarlettj1.blogspot.com/2012/10/segmen-mialianacom-mari-berpantun.html
  9. http://bird7842.blogspot.com/2012/10/segmen-mialianacom-mari-berpantun.html
  10. http://resipidarihati.blogspot.com/2012/10/segmen-mari-berpantun.html
  11. http://www.erazfadli.com/2012/10/segmen-mialianacom-mari-berpantun.html
  12. http://minahsempooot.blogspot.com/2012/10/segmen-mialianacom-mari-berpantun.html
  13. http://apisejuk.blogspot.com/2012/10/segmen-mialianacom-mari-berpantun.html
  14. http://misszberceloteh.blogspot.com/2012/10/segmen-mialianacom-mari-berpantun.html
  15. http://duniabawahtempurung.blogspot.com/2012/10/segmen-mialianacom-mari-berpantun.html
  16. http://ishy77.blogspot.com/2012/10/segmen-mialianacom-mari-berpantun.html
  17. http://engkumuzahadin.blogspot.com/2012/10/segmen-mialianacom-mari-berpantun.html
  18. http://babyaimacomel.blogspot.com/2012/10/segmen-mialianacom-mari-berpantun.html
  19. http://najihah90.blogspot.com/2012/10/segmen-mialianacom-mari-berpantun_7.html
  20. http://destinicinta.blogspot.com/2012/10/mari-berpantun.html
  21. http://msvelentine.blogspot.com/2012/10/segmen-mialianacom-mari-berpantun.html
  22. http://nazlyizan.blogspot.com/2012/10/segmen-mialianacom-mari-berpantun.html
  23. http://azmengs.blogspot.com/2012/10/segmen-mialianacom-mari-berpantun.html
  24. http://myfirdz-trulylove.blogspot.com/2012/10/segmen-mialianacom-mari-berpantun.html
  25. http://ted-of-memory.blogspot.com/2012/10/segmen-mialianacom-mari-berpantun.html
  26. http://ell-pmc.blogspot.com/2012/10/segmen-mialianacom-mari-berpantun.html
  27. http://cikque90.blogspot.com/2012/10/segmen-mialianacom-mari-berpantun.html
  28. http://bareessence.blogspot.com/2012/10/segmen-mialianacom-mari-berpantun.html
  29. http://mimbarhatiku.blogspot.com/2012/10/segmen-mialianacom-mari-berpantun.html
  30. http://www.ecadwinkyasha.com/2012/10/segmen-mialianacom-mari-berpantun.html
  31. http://flowerbucket92.blogspot.com/2012/10/segmen-mialianacom-mari-berpantun.html
  32. http://norzibeautilicioushouse.blogspot.com/2012/10/segmen-mialianacom-mari-berpantun.html
  33. http://izzah-norlizah.blogspot.com/2012/10/segmen-mialianacom-mari-berpantun.html
  34. http://akuayut.blogspot.com/2012/10/segmen-mialianacom-mari-berpantun.html
  35. http://loveprettydinda.blogspot.com/2012/10/segmen-mialianacom-mari-berpantun.html
  36. http://www.hasrulhassan.com/2012/10/segmen-mialianacom-mari-berpantun.html
  37. http://caliphshuriken.blogspot.com/2012/10/segmen-mialianacom-mari-berpantun.html
  38. http://www.duniashida.com/2012/10/segmen-mialianacom-mari-berpantun.html
  39. http://suzlinazreena.blogspot.com/2012/10/segmen-mialianacom-mari-berpantun.html
  40. http://ibuberbicara.blogspot.com/2012/10/segmen-mialianacom-mari-berpantun.html
  41. http://kelip-kelipancontest.blogspot.com/2012/10/segmen-mialianacom-mari-berpantun.html
  42. http://kakciknurseroja.blogspot.com/2012/10/segmen-mialianacom-mari-berpantun.html
  43. http://madahkalbu.blogspot.com/2012/10/segmen-malianacom-mari-berpantun.html
  44. http://kesumaangsana.blogspot.com/2012/10/segmen-mialianacom-mari-berpantun.html
Terima kasih daun sadri
Sudi membeli pantun ini
Tersenarai sudah link entri
Naikkan seri segmen ini

Duduk diam sabarlah kini
Hanya tunggu menghitung hari
Selepas tutup segmen ini
Blogger bertuah akan dicari

p/s : entri segmen ini dimasukkan pada 2.45 pagi 6/10/2012.