WeChat... aplikasi mobile terkini untuk berhubung. Bila-bila masa dan di mana sahaja kita berada. Mia dan kawan-kawan Mia telah pun menggunakan aplikasi ini dan ternyata ianya amat memudahkan kami. Senang dan mesra pengguna.

Mula-mula download WeChat dan install ke dalam mobile anda. Boleh digunakan di iPhone, Android, Windows Phone dan Nokia (Symbian).


Selepas install, klik pada icon WeChat. Untuk lebih mudah, klik pada Facebook Connect dan login menggunakan akaun Facebook.


Ikutilah semua proses sehingga selesai. Kemudian, masukkan gambar profile dan tukar WeChat ID kepada nama sendiri.

Apabila telah berjaya register dan login ke dalam WeChat, mesej daripada WeChat Team akan diterima. Mia mula menggunakan WeChat pada 12.27 tengahari 27 September 2012. 

Kemudian, mulalah cari kawan dan berhubunglah dengan mereka. Ajaklah kawan-kawan dan ahli keluarga menggunakan WeChat.



Bukan setakat boleh hantar teks dan suara sahaja malah emosi, imej, video, lokasi, kawan dan juga boleh buat panggilan video. Bestnya.....

Jangan lupa add WeChat ID : mialiana untuk berhubung dengan Mia. (^_^) peace...

Tunggu apa lagi... Jom ramai-ramai gunakan aplikasi WeChat dan LIKE fanpage WeChat Malaysia...