ChikaPowWow - I Care To Share | Project Listen PRUKasih

Pertama kalinya Mia nak ucapkan ribuan terima kasih kerana telah diberi peluang untuk sebahagian daripada Project CSR,  Project Listen PRUKasih. Projek ini merupakan projek tanggungjawab sosial korporat  oleh ChikaPowWow - I Care To Share (Malaysia’s most innovative online auction hub)  dalam usaha mengumpulkan kisah benar rakyat Malaysia yang boleh menyentuh perasaan dan juga boleh dijadikan inspirasi kepada yang lain. 

Projek ini bertujuan untuk memberikan bantuan perlindungan dan kewangan kepada keluarga miskin di saat yang diperlukan. Setiap perkongsian (share) video atau kisah di Project Listen sama ada melalui facebook, twitter atau emel kepada umum, Prudential akan menyumbangkan RM1 untuk PRUKasih.

"Tiada halangan untuk menimba ilmu dan meraih kejayaan", adalah kisah yang Mia kongsikan di http://projectlisten.com.my/Video_story.php?name=MiaLiana. Semoga kisah benar Mia ini akan dapat dijadikan inspirasi bagi mereka yang telah bekerja dan berkeluarga untuk sambung belajar dengan jayanya di dalam pengajian yang diceburi. Percayalah. Usaha itu tangga kejayaan.

Anda semua dijemput untuk lihat video Mia dan juga video atau kisah lain di Project Listen untuk dikongsi (share) bersama rakan-rakan anda di facebook, twitter dan emel. Sama-samalah kita membantu mereka yang memerlukan...

Salah satu sumbangan Mia untuk masyarakat... 


Di sebalik tabir video ini... 


Terima kasih kepada Kak Aida, Dayah, Kak Mazni dan Mak Dara yang banyak membantu untuk rakaman video ini...

p/s : entri sticky post ini dimasukkan jam 9.01 pagi pada 9 Disember 2012.