Mia Dalam Berita Harian 20.12.2012

Sebenarnya Mia memang tidak sabar nak update ke dalam blog, bila dapat tahu yang Mia ada dalam Berita Harian pada hari Khamis yang lepas. Tarikh keramat 20.12.2012 yang membawa tuah dalam hidup Mia. Tentulah suka. Mia cuma dapat ambil gambar dan update di facebook dan twitter dahulu. Maklumlah sedang outstation di Kuala Lumpur masa itu.

Baru hari ini, sempat nak scan akhbar Berita Harian tersebut dan abadikan di dalam blog ini. Graduan-graduan yang terpilih untuk sidang media Majlis Konvokesyen Open University Malaysia yang ke 13 memang hebat-hebat belaka. Inilah kata orang, rezeki dapat Commonwealth Educational Media Centre for Asia (CEMCA) Award dan juga cemerlang dalam Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat dengan kepujian.

Bila ditanya apa yang paling menarik tentang OUM ni, Mia jawab tentulah cara pembelajarannya yang fleksibel di samping ianya mempunyai Digital Library yang meluas. Sumber rujukan maklumat yang pelbagai dan meluas. Senang nak cari maklumat.

Jom tengok keratan akhbar yang ada Mia di dalamnya.... zass...



klik pada gambar-gambar untuk besarkan

p/s: menjadi sejarah dalam hidup ini... syukur..