OUM Konvokesyen Ke 13 - Sehari Sebelum

Kisah Mia pada sehari sebelum konvokesyen ke 13 OUM, pada hari Jumaat 14 Disember 2012. Terima kasih kepada Puan Norzita dari OUM Kuala Lumpur yang membantu Mia sepanjang hari tersebut. Kiranya merangkap personal assistant untuk hari Jumaat dan juga hari Konvokesyen pada hari Sabtu 15 Disember 2012.

Awal pagi-pagi lagi kami sekeluarga telah pun bergerak ke Kuala Lumpur dan sampai ke OUM Kuala Lumpur sebelum pukul 10.00 pagi. Mula-mula Mia ambil jubah dahulu dan kemudian ada sesi fotografi oleh En Azizan Jamaludin, Senior Media Designer dari Digital Media Unit OUM Kuala Lumpur. Sesi fotografi berjalan dengan lancar.

Jom tengok gambar-gambar Mia di studio fotografi OUM Kuala Lumpur.





Sebelah petangnya pula, Mia menghadiri sesi raptai konvokesyen bagi memastikan perjalanan majlis pada hari esoknya berjalan lancar. Terasa begitu sangat dihargai sebab tempat duduk Mia di depan pentas bersama dengan para akademik OUM. Tidak dapat merasa perarakan graduan masuk ke dewan. Mia dibantu oleh Puan Norzita tentang tatacara untuk menerima Commonwealth Educational Media Centre for Asia (CEMCA) Award beriringan dengan Anugerah Program Bachelor of Information Technology with Honours ketika di atas pentas.



Walau ke mana Mia pergi, Suami Mia tetap ada sisi. Sayangnya kat dia... Sentiasa support Mia... Love him so much..

p/s : begitu diri ini tiba-tiba terasa seperti terlalu dihargai..