Alhamdulillah syukurnya Mia bila penyertaan Segmen Follow Dan Blogwalking telah pun mencecah 100 orang blogger. Mia baru sahaja kemaskini Senarai Peserta.

Sepanjang masa bila Mia free, Mia akan check mana-mana entri yang belum lengkap lagi dan tinggalkan komen di entri dan di shoutbox. Jangan kecil hati ya kalau Mia tegur kesilapan dalam entri tu. Kita harus berfikiran terbuka dan sama-sama belajar dalam dunia blogging ni. Buat entri segmen biarlah sempurna dan ikut semua syarat-syarat yang ditetapkan.  

Mia amat galakkan sesiapa sahaja untuk join segmen ini. Janganlah segan kalau follower tidak banyak. Sepatutnya harus berani tonjolkan diri supaya blogger lain akan dapat mengenali dan support anda juga. 

Kepada newbie dalam dunia blogging ini, boleh ikuti tutorial yang telah Mia buat di Cara-cara Nak Join Segmen Follow Dan Blogwalking Oleh Mialiana.com. Ikut satu-persatu, tentu boleh buat.. Belajar pelan-pelan...

Kepada blogger yang belum melengkapkan entri lagi, diminta betulkannya dengan segera. Biasalah memang kadang-kadang kita tidak perasan ada kesilapan. Kepada yang telah berjaya melengkapkan entri, Mia nak ucapkan tahniah... Terima kasih sudi luangkan masa untuk membetulkan entri.

Hmm.. ada lagi masa beberapa hari ini, masih boleh sertai segmen ini. Walaupun segmen ini tiada hadiah (sedihnya ayat) cuma hanya ada review blog sahaja tetapi yang penting bagi Mia ialah menjalinkan hubungan ukhwah sesama kita supaya akan lebih mesra, baik blogger baru mahupun blogger yang lama. 

p/s : cepat-cepat join ya.....