Entah apa kena pagi-pagi ini, Mia google merata-rata untuk mencari bedak compact yang baru. Selama ini, Mia gunakan bedak compact Miyami (yang warna biru). Teringin jugalah nak tukar yang lain pula.

Cari punya cari kat dalam google, tiba-tiba berkenan pula kat Bedak Ronasutra Mineral yang nampaknya macam hangat di pasaran.

RONASUTRA 2-in-1 MINERAL POWDER

Mia baca jugalah testimoni pengguna produk Ronasutra dan rupanya banyak pula kelebihannya. Bedak ini jenis serbuk dan nampak semulajadi apabila digunakan di muka. Boleh sembunyikan parut dan cela di muka. Tahan lama. Suci dan selamat digunakan. Yang paling menarik Mia lagi sesuai untuk kulit sensitif, resdung, berjerawat atau kulit nipis. Sampai boleh hilangkan parut, betul ke? Harganya pun berpatutan. Hmmm.. Berminat macam nak beli...

Kalau ada sesiapa yang sedang gunakan bedak ini, bolehlah kongsi pengalaman di ruangan komen. Bolehlah Mia tahu bagus ke tidak produk ini? Bukannya apa, Mia takut tersalah beli dan takut makin teruk pula kulit muka nanti. Biasalah kan... kalau tanya pada yang jual tentu kata yang bagus sahaja, jadi lebih baik tanya pula pada pengguna akan rasa meyakinkan.

teringin nak cuba...

Entri berkaitan :
Ronasutra Mineral Makeup - 2 In 1 Foundation and Powder