Alhamdulillah... syukur sangat Mia. Segmen Bloglist 12 Jam yang Mia adakan bermula 12.01 tengahari semalam sehingga 11.59 malam tadi telah pun berjaya mendapat sambutan yang menggalakkan. Terima kasih ya...

Ramainya yang join segmen ini. Segmen yang copy dan paste coding entri ini rupanya menarik minat ramai blogger di luar sana. Kiranya Mia ni, pencetus inovasi baru dalam bersegmen. Memang Mia dah siapkan coding entri penyertaan terlebih dahulu bagi memudahkan peserta segmen membuat entri. Lagipun segmen ini hanya dalam tempoh 12 jam, tercetuslah idea nak buat coding entri. Senang dan mudah bukan? Tidak sampai 1 minit entri penyertaan dah siap. Teringin juga nak tanya... suka tak kalau join segmen yang macam ni?

Sebanyak 74 penyertaan yang Mia terima semalam dengan 1 penyertaan yang tidak lengkap. Sila semak senarai peserta segmen di SINI. Jika tiada dalam senarai, sila maklumkan pada Mia.

Mia bercadang untuk melengkapkan senarai blog dalam bloglist Mia paling maksimum 25 blog sahaja. Jadi mungkin akan ada lebih 15 blog untuk pemilihan nanti. Sebelum itu, izinkan Mia untuk membelek-belek blog peserta segmen supaya dapat membuat pemilihan yang tepat dalam beberapa hari ini. Sambil-sambil itu, silakan blogwalking dan berkenalan sesama peserta segmen.

Keputusan akan diumumkan pada 28 Februari 2013 dan diharap anda semua akan bersabar ya...

mood suka...