Kisah Masa Newbie : Hanya Ada 3 Komen Dalam Blog

Percaya ke tidak? Memang ada 3 komen sahaja dalam blog ini pada tahun 2007. Itu pun Mia tidak kenal siapa. Entah siapa-siapalah. Pada masa itu, Mia tidak kisah pun kalau tiada siapa nak komen entri.

printscreen dari Carta Pengkomen Tegar

Sejarah kisah blog ini pada tahun 2007. Masa itu blog ini hanyalah untuk tujuan peribadi dengan menggunakan http://mialianas.blogspot.com dan kebanyakan entri adalah daripada emel dan sumber-sumber lain yang dirasakan perlu untuk rujukan Mia di masa hadapan. Memang tidak terlintas langsung untuk jadi tatapan pengunjung luar. Masa itu baru mula berjinak dengan blog dan masih lagi tidak tahu menahu tentang komuniti blogger.

Bila dilihat, hanya ada 3 komen sahaja di sepanjang tahun 2007 dengan jumlah entri sebanyak 170 pada tahun tersebut.

printscreen dari side bar blog

Kini.... Siapa sangka sekarang ini, ada sahaja yang tinggalkan komen di dalam entri blog. Sukanya Mia tidak terkira. Seronok sebab ada maklumbalas dari pengunjung. Tidaklah Mia ni syok sendiri bila berblog. Terima kasih  tidak terhingga kerana sudi tinggalkan komen di entri-entri blog ini.

Jadi, nasihat Mia kepada blogger-blogger baru, jangan sedih-sedih bila tiada orang komen di entri blog. Suatu masa nanti bila orang dah mula mengenali blog kita, tentu akan ada yang komen entri kita di kemudian hari. Buatlah entri yang boleh membuatkan orang senang nak komen. Teruskan berblog dan hadapi cabaran dunia blog dengan tabah dan tenang.

bukan senang nak ada pengunjung setia...