Makan Di Medan Ikan Bakar Port Dickson

Malam tadi selepas selesai sesi kursus - Pengurusan Stres dalam jam 11.15 malam, Mia dengan Dayah, Syirah dan Kak Suri pergi ke Medan Ikan Bakar Port Dickson. Syira yang bawa kami ke sana.

Sebenarnya, saja nak keluar tengok Port Dickson ni malam-malam. Ternyata tidaklah sunyi dan masih ada orang lagi terutamanya di kawasan tempat makan. Nak juga merasa ikan bakar di sini. Ternyata memang sedap dan tidak menghampakan.

pintu masuk medan ikan bakar 

 ikan bakar jenak

 sotong goreng tepung dan sayur

 Kak Suri dengan Syirah

Alhamdulillah.... kenyang. Selepas bayar, terus balik segera. Huhuu dah lewat sangat ni. Sampai di Corus Paradise Resort sebelum pukul 1.00 pagi. Apalagi, cepat-cepat tidur...

makan lauk sahaja, tidak makan nasi...