Mandi Di Kolam Renang Gunung Ledang Resort

Selepas aktiviti mandi air terjun Gunung Ledang, kami sekeluarga mandi pula di kolam renang (swimming pool) Gunung Ledang Resort. Ada dua jenis kolam, satu untuk kanak-kanak dan satu lagi untuk dewasa. Tapi kami semua mandi di kolam dewasa. Macam-macam jenis gaya berenang, janji boleh gerak dan tidak tenggelam. 

Hari pertama, petang 11 Februari 2013

Sesi ajar Sofea berenang menggunakan pelampung. Seronok betul dia. 






Hari kedua, pagi 12 Februari 2013

Wahhh, Sofea dah pandai berenang menggunakan pelampung. Dah pandai bergerak dari Suami Mia kepada Mia. Chaiyukkkk Sofea.






Dah sampai sahaja, Sofea terus menjerit, "Mama..... Sofea dah berjaya!" Terus Mia peluk Sofea. "Dah pandai ya Sofea. Lepas ni, kita boleh berenang lagi lain kali"

didik anak belajar berenang dari kecil...