Selesai Spot Check Blog Peserta Segmen Bloglist 12 Jam

Fiuhhh... selesai sudah aktiviti spot check semua 74 blog peserta segmen. Naik berpinar mata ini. Macam-macam jenis blog, ada yang ringan, ada yang berat, ada yang berwarna-warni, ada yang lembut dan ada yang berbunyi..

Mia check kekerapan entri dalam sebulan. Tengok kebanyakan entri berkaitan apa... Kenali siapa peserta segmen sebenarnya. Semua blog memang ada kelebihannya tersendiri.

Pemilihan telah dibuat dan nampaknya ada 18 blog yang dipilih. Nak tahu siapa yang terpilih, nantikan entri pengumuman pemenang esok pada 12.01 pagi 28 Februari 2013.

Sebenarnya Mia nak buat entri autopost untuk pengumuman pemenang tapi terpublish tadi pula. Punyalah excited sampai terlupa nak set tarikh dan masa. Minta maaf ya... kalau ada yang dah ternampak tu, senyap-senyaplah dulu ya...