Sesi Online Bersama Protege

Mia baru sahaja selesai sesi pelajaran online dengan Protege Mia dari jam 11.15 malam tadi sehinggalah pukul 1.00 pagi. Sekarang Protege berada di Stage 2 di mana ianya melibatkan coding dan blog layout. Stage 1 telah selesai dengan jayanya.

Stage 2 pun dah nak hampir selesai juga. Rasanya Stage 2 inilah bahagian yang agak susah sedikit untuk Protege memandangkan Protege kurang pengetahuan dalam bidang coding. Namun begitu, Mia ucapkan tahniah sebab berjaya belajar dan berusaha untuk mencuba. Pendek kata, banyak dah berubah sekarang daripada yang asal. Widget-widget yang tidak perlu telah dibuang. Tinggal ada sedikit lagi touch up dan untuk kuruskan blog. Berat blog Protege masih lagi tidak mencapai tahap yang diinginkan. Ada lagi coding yang perlu dibuang.

Setiap hari ada sahaja assignment yang Mia berikan pada Protege. Protege kena cuba buat dahulu. Bila tidak berjaya, barulah sebelah malam Mia akan bantu. Semua usaha datang daripada Protege. Kalau Protege tidak bersungguh, memang lambatlah siap. Hari ini genaplah 21 hari, Mia mendidik Protege. Kini ranking Alexa blog Protege sudah berada di bawah 180,000 dan Alexa Malaysia di bawah 1000.

Syukur... semuanya berjalan lancar seperti yang dirancangkan...

belum terfikir lagi nak tambah Protege kedua...