Shopping Di Jalan Tuanku Abdul Rahman Kuala Lumpur

Semalam petang selepas habis kursus pada hari pertama. Mia dan Lela, rakan sekerja yang turut sama pergi kursus telah pun shopping (membeli-belah) kain, pakaian dan tudung di Jalan Tuanku Abdul Rahman atau lebih dikenali dengan nama glamour Jalan TAR di kota metropolitan Kuala Lumpur.

Habis dirondanya. Puas jalan kaki. Mula-mula pergi ke toko bazaar kain pasang dan tudung dulu...

Rambang mata nak pilih yang mana satu.
Kalau boleh nak yang murah. Hampir 1 jam di sini.

Hasilnya 3 helai kain pasang berharga RM50 sepasang. Mia punya yang warna biru dan putih tu.


Selepas itu, kami pergi ke kedai Muaz Textiles (deretan Sogo) yang menjual pakaian dan tudung. Memang betul-betul murah di sini. Macam-macam jenis tudung. Hampir 2 jam di sini.

Sampai malam rupanya. Betul-betul tidak sedar masa berada di dalam kedai.

Mia beli baju jubah dan Lela beli blouse. Kedua-duanya sama harga RM27.80

Tudung untuk Sofea yang di tengah, berharga RM 2.80 sehelai. Diapit oleh tudung half moon yang Lela beli dengan RM27.80

Bila dah selesai, terus singgah McDonald Sogo untuk santapan makan malam. Lama tidak exercise. Bila jalan kaki terasa lenguh juga.

lain kali kalau datang lagi, confirm akan pergi ke kedai yang sama...