Balik-balik sahaja rumah semalam, seperti biasa mestilah akan buka air. Opppppsss! Air tiada lah pula. Bekalan air ditutup sementara di kawasan rumah Mia ni. Tidak ada notis pun dikeluarkan sebelum ini oleh Syarikat Air Johor. Suami Mia pun terkejut juga. Sebelum ini ada notis yang dimasukkan ke dalam peti surat. Dapat juga buat persediaan bila tiada air.

Hmm... Langsung setitik air pun tidak keluar. Oh! Gawat ni. Nasib baik ada simpanan air dalam tong air yang besar kat belakang rumah, lantas kami cepat-cepat  masukkan ke dalam bilik air. Baju kotor Mia punyalah banyak sebab seminggu berkursus.

air mula keluar sedikit pagi ni

sambil-sambil tadah air ni... sempat juga update blog...