Tutorial Letak Google Analytics ID Di Blog

Sudah tiba masanya Mia nak tunjukkan cara-cara untuk meletakkan Google Analytics ID di blog bagi mendapatkan laporan trafik yang tepat. Banyak keistimewaannya bila gunakan Google Analytics, kita boleh tahu macam-macam tentang pengunjung blog kita.

Langkah pertama, kita hendaklah meletakkan Google Analytics ID di blog supaya senang Google Analytics membuat analisis dan laporan trafik blog kita nanti.

Sebenarnya, tutorial ini telah pun Mia buat dalam bahasa Inggeris di SINI. Kali ini Mia nak kongsikan pula dalam bahasa Melayu.

Tutorial ini akan menunjukkan langkah demi langkah memasukkan Google Analytics ID ke dalam blog. Sila klik pada gambar untuk besarkan. Selamat mencuba!

1. Sila buka http://www.google.com/analytics dan klik pada butang Create An Account.


2. Daftar dahulu jika anda belum ada lagi Google account dengan klik pada butang Sign Up atau jika anda sudah ada Google Account, sila klik pada butang Sign In.


3. Jika klik pada butang Sign Up, anda perlu mengisi butiran yang diperlukan dan seterusnya klik pada butang Create My Account. Sila ikuti langkah yang diberikan.


4. Apabila Google Account anda telah wujud, sila klik butang Sign In.

5. Selepas itu klik pada butang Sign Up untuk daftar Google Analytics account.

6. Isikan butiran yang diperlukan. Contohnya Teratak Liana. Dan kemudian isikan URL blog.

7. Selepas berjaya membuat Google Analytics account, anda akan diberikan Tracking ID. Sila copy ID tersebut.


8. Jika anda scroll ke bawah sedikit, anda akan nampak coding yang harus dimasukkan ke dalam blog template (tidak digalakkan untuk blogger baru). Mana-mana sama sahaja. Sila pilih salah satu. Jika anda memilih untuk masukkan coding ke dalam blog template, anda tidak perlu masukkan Tracking ID Google Analytics  Code ke dalam Blogger dashboard (di Settings >> Others).



9. Buka dashboard Blogger. Klik pada Settings >> Others. Scroll ke bawah ke ruangan Google Analytics. Paste Tracking ID di situ.

10. Akhirnya, anda telah berjaya melakukannya. Selepas ini, anda bolehlah melihat statistik trafik blog anda dalam Google Analytics.

screenshot di atas dibuat ketika Mia sedang memasukkan Google Analytic ID ke dalam blog kedua Mia, Teratak Liana.