Apalah punya tajuk entri ini. Tiba-tiba tiada idea nak letak tajuk apa. Nak buat entri, tahu pula. Sebenarnya kalau tengok  tajuk pun tentu dah dapat agak kan.. isi kandungan entri ini.

Betapa gembiranya pagi apabila bila dapat berblogwalking ke blog rakan-rakan blogger sambil beraya a.k.a. rayawalking. Menggunakan laptop memang puaslah mengadap blog. Sebelum ini, hanya guna smartphone yang agak terhad dan rasa tak puas bila blogwalking. Update blog pun guna smartphone. Memang sibuk masa musim perayaan ini. Asyik mobile sahaja.

Nak datang ke rumah rakan blogger, tentulah jauh. Bertandang ke blog sahajalah nampaknya. Rasanya banyak juga blog yang Mia dah ucapkan selamat hari raya dalam entri mereka. Mana yang terasa Mia belum singgah lagi, silalah roger-roger ya. Banyak sangat dalam senarai ni, mana yang sempat sahaja yang Mia terjah sebelum keluar beraya lagi lepas tengahari nanti.

Blogwalking + Rayawalking

Walaupun tak dapat merasa kuih raya bila bertandang ke blog, dapat lihat entri raya pun dah cukup untuk mengetahui perkembangan terkini rakan-rakan blogger beraya. Memang meriah. Macam-macam entri dibuatnya, baju raya, shopping raya, kuih raya, hidangan hari raya, gambar beraya sekeluarga, tema baju raya, cuti raya, mood raya, beg raya, kasut raya, jalan-jalan hari raya dan macam-macam lagi. Ada yang dapat duit raya, jeles tau. 

Seronok bila berblogwalking sambil beraya ni. Terhibur rasa hati ini. Sambil-sambil tu tinggalkan komen, tentu suka kan....

Selamat hari raya ya semua...

 Sumber Doodle : SINI

mood beraya dari blog ke blog....