Beberapa hari sebelum raya, Mia ada rasa down dan sedih sangat tentang perkara yang berlaku di pejabat. Terima kasih kepada blogger-blogger (Aini, Nieza, Potia dan Baby) yang memberikan kata-kata perangsang kepada Mia dan juga rakan facebook yang lain.


Mia tidak pernah sombong pun, semua orang Mia tegur. Oleh kerana terlalu sedih dan kecewa, Mia update blog pada malam tu, dengan entri SINI. Ini berlaku selepas Mia terima emel untuk panggilan temuduga dalam entri SINI dan mohon dokumen-dokumen sokongan dari pejabat untuk persediaan temuduga tersebut.

Mia tidaklah menaruh harapan sangat, sebab tahu diri ini yang serba kekurangan berbanding dengan gred jawatan M yang begitu tinggi dan gah di mata masyarakat. Tapi, Mia masih boleh berusaha dan cuba cari pengalaman untuk temuduga.

mood dah kembali normal...