Hari ini, 8 Ogos 2013 bersamaan 1 Syawal 1434. Hari Raya Puasa atau Aidilfitri adalah hari yang dinanti selepas sebulan kita berpuasa. Diraikan oleh umat Islam seluruh dunia. Ramadhan telah melabuhkan tirainya, hadirnya Syawal membawa sinar harapan.

Di kesempatan ini, Mia ingin mengucapkan "Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin" kepada semua pengunjung blog ini tidak kira yang dekat ataupun yang jauh. Segala salah dan silap harap dapat dimaafikan andai ada tersinggung dengan penulisan Mia di blog ini.

Semoga anda dapat beraya bersama keluarga dan sanak saudara dengan riangnya. Tidak lupa juga berhati-hati semasa memandu di jalan raya.

nukilan ikhlas daripada Mia sekeluarga...