Kata orang kalau dah minat, tidak kiralah macam mana sekalipun tetap akan berblog. Percaya tak? Pada mulanya Mia anggap blog ini macam biasa sahaja pada tahun 2007 hingga 2009. Update blog bila suka dan bila perlu. Tetapi pada tahun 2010, Mia kembali aktif berblog selepas Sofea dah berusia beberapa bulan dan ketika sedang belajar secara jarak-jauh di Open University Malaysia.

Memandangkan terlalu minat dengan programming, Mia takut kalau-kalau kemahiran itu terbiar begitu sahaja, maka dengan adanya blog sekurang-kurangnya masih tidak lupa pada coding html, javascript dan mana-mana web programming.

Keseronokan belajar dan kejayaan demi kejayaan yang dikecapi semasa belajar 4 tahun di OUM membuatkan Mia ingin berkongsi diari dan tips belajar Mia untuk dijadikan inspirasi kepada pelajar-pelajar lain.

Dari segi kerja juga, Mia kongsikan pengalaman kerja yang pelbagai di bidang teknologi maklumat dari sudut sektor kerajaan. 

Kerana Mia minat berblog dan suka bercerita, maka terhasillah blog ini. Banyak suka duka yang Mia lalui. Pengalaman di bidang teknologi maklumat tidak pernah disia-siakan dan semuanya diaplikasikan ke blog ini. Walaupun blog ini pada zahirnya nampak simple tetapi sekarang sudah mengandungi lebih 3000 entri yang pelbagai.

Bila dah minat, tentu kita akan sentiasa menghargai blog dan pengunjung kita. Itulah aset maya yang kita ada. The precious ever.... dan terapi stres Mia yang terbaik.

Kerana minatlah, Mia memperkenalkan segmen copy paste dan didikan mentor-protege. Rasa happy dapat membantu blogger-blogger lain dengan berterusan.

Sungguhpun begitu, Mia tidak pernah mendabik dada. Sentiasa mensyukuri dengan kurniaanNya dan mohon agar sentiasa diilhamkan idea setiap kali nak update blog. Alhamdulillah.... 

memang minat sangat.....