Penangan CNY ini kuat betul. Kononnya tadi pergi KFC nak bungkus ayam goreng sahaja buat makan malam. Nak jadikan lauk untuk dimakan bersama nasi. Lauk siang tadi dah habis.

Bila sampai KFC Petronas depan JUSCO Taman Universiti, punyalah ramai orang beratur. Beratur berdua dengan Sofea. Tengok-tengok menu kat atas itu, ternampak pulalah Doraemon KFC yang I Love You.. Sibuk nak itu juga. Bila dah belikan, senyum melebarlah Sofea.



Harganya RM13.90. Sampai rumah saja tadi sibuk suruh Mia ambilkan gambar Sofea dengan doraemon. Suka tengok dia main dengan doraemon baru.

bertambah lagi koleksi anak-anak patung kat rumah ini...