Sejak masuk bulan Februari ini, Mia dah jadualkan masa untuk buat aktiviti blogwalking melalui segmen. Dalam satu hari, mesti ada buat. Seronok bila blogwalking melalui segmen, dapat berkenalan dengan blogger lain sambil tinggal jejak di ruangan komen entri ataupun shoutbox. Kalau berkenan, mungkin akan lepak agak lama sedikit di blog itu untuk baca entri-entri lain..

Bayangkan keseronokan blogwalking melalui segmen menggunakan senarai peserta terjejas bila kita lalui perkara-perkara di bawah...

Tak Seronok Blogwalking Melalui Segmen Bila...

Entri tidak boleh dikomen
Biasanya, kita ada ayat yang dah siap-siap di copy untuk paste ke dalam kotak komen. Contohnya... Salam, singgah dari segmen yang sama. Tetapi tup-tup bila klik link untuk komen, tak boleh keluar pula kotak komen. Aduhai, rasa terus hilang mood dan emosi berubah mendadak. Mulalah cari-cari tempat yang sesuai untuk tinggalkan jejak seperti shoutbox, fanpage atau facebook. Makan masa juga tu.

Blog dibuka untuk invited readers
Parah juga ini. Blog hanya boleh diakses oleh pengunjung tertentu sahaja. Macam manalah nak tengok blog ya. Dicadangkan agar jangan join segmen atau giveaway sebab blogger-blogger lain tidak boleh datang.. huhuhu... sedihnya...

Entri telah dibuang
Pernah tak... tengah seronok blogwalking ni tiba-tiba jumpa mesej yang mengatakan "Sorry, the page you were looking for in this blog does not exist.". Maksudnya entri penyertaan segmen itu telah tiada. Selalunya Mia perasan, pada blog-blog baru. Kenapa ya... kata support segmen blogger tapi boleh pula dibuangnya. Kita ni yang nak blogwalking terus hilang mood.

Susah nak jumpa butang follow
Tercari-cari... kat mana butang nak follow. Tu pun makan masa. Kalau guna yang standard, senanglah nak jumpa. Tapi kalau yang guna icon yang pelik atau tulisan perkataan follow kurang jelas pun susah juga. Ada juga tak berfungsi bila diklik.


Rasanya rata-rata blogger lain tentu alami perkara yang sama dengan Mia bila blogwalking melalui segmen. Mia hanya sentuh 4 perkara utama sahaja. Mungkin ada lagi yang lain. Sekadar pendapat dari Mia...

senang dan cepat bila blogwalking melalui segmen jika tiada apa-apa masalah...